Aku memiliki tubuh badan yang jarang sakit. Dalam setahun aku biasanya cuma demam dua atau tiga kali saja. Dan cuma dengan mendapatkan tidur yang panjang, aku akan sihat sepenuhnya sebaik saja bangun dari tidur.
Kali terakhir demam aku berlarutan selama tiga hari ialah pada tahun lepas. Walaupun selepas menghabiskan ubat, demam aku tak kebah. Akhirnya aku keluar dari bilik, dan buat perkara yang melekakan aku. Iaitu keluar ambil gambar. Pulang dari keluar ambil gambar, demam aku kebah secara mendadak.
Sejak itu aku yakin, ia banyak berkait dengan semangat. Dan jiwa.
Kelmarin, tubuh aku panas seperti akan meletup. Sehingga semalam.
Hari ini, aku keluar. Keluar untuk melihat.
Melihat keajaiban untuk aku.
..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sehingga ketemu lagi di kemudian hari.
BalasPadamBai hehe lama tk jenguk ko tau2 dah benti
BalasPadam